Komposisi tentera Pertempuran Panipat Pertama

Tentera Babur terdiri daripada suku Turk, Mongol, Parsi dan Afghan. Pasukan tentera ini terdiri daripada tentera yang berpengalaman yang telah dibentuk semenjak kempen awal Babur menjadikan semua tentera merasa yakin dan saling memahami antara satu sama lain sepanjang dekad. Tentera pemanah berkuda serta pasukan pemanah Turk-Mongol yang menggunakan busur campuran membentuk pasukan utama manakala infantrinya pula terdiri daripada pemanah pejalan kaki yang juga menggunakan busur campuran dan senapang. Babur juga memiliki 20 buah meriam. Beliau memperoleh senjata serbuk letupan sama ada daripada Uthmaniyah atau Safawiyah menurut sumber-sumber berbeza. Namun, taktik dan tentera Babur merupakan campuran dua gaya ketenteraan luar iaitu dari unsur Uthmaniyah dan unsur Timuriyah.

Sementara itu, tentera Kesultanan Delhi terdiri daripada tentera bergajah dan kavalri. Tentera ini bercorakkan feudal dan tidak mempunyai unit yang menggunakan serbuk letupan. Tentera Ibrahim Lodi di Panipat dianggarkan seramai 50,000 tentera dan 400 ekor gajah. Kemungkinan 25,000 daripadanya merupakan kalavri berketurunan Afghan manakala baki tentera yang lain merupakan tentera kerahan dan tentera upahan yang membentuk pasukan infantri.